Panduan

Soalan Lazim

Jawapan kepada soalan-soalan yang kerap ditanya mengenai TAGS

Maklumat Penting

Bahagian ini mengandungi jawapan kepada soalan-soalan yang sering ditanya berkenaan Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS).

TAGS ialah tribunal yang ditubuhkan di bawah Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) sebagai satu saluran alternatif kepada mahkamah sivil untuk mendengar dan memutuskan aduan gangguan seksual yang berlaku di Malaysia pada atau selepas 8 Mac 2024.
Saluran ini membolehkan mangsa mengambil tindakan dan menuntut pampasan atau ganti rugi daripada pelaku dengan cepat, mudah dan pada kos yang minimum.
Seperti dalam prosiding sivil di mahkamah, pengadu hendaklah membuktikan aduannya berdasarkan imbangan kebarangkalian.
Tribunal mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan apa-apa aduan gangguan seksual yang dibuat oleh mana-mana orang, bagi gangguan seksual yang berlaku di Malaysia selepas Akta 840 mula berkuatkuasa sepenuhnya dan tertakluk kepada Akta Had Masa 1953.
Gangguan seksual ialah apa-apa kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual, dalam apa-apa bentuk, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau merupakan suatu ancaman kepada kesejahteraannya.
Tidak. TAGS tidak mempunyai kuasa penyiasatan di bawah Akta 840. Jika terdapat elemen jenayah, siasatan dan pendakwaan adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa yang berkaitan seperti PDRM.
Tidak boleh kerana hanya satu forum boleh mendengar dan memutuskan aduan gangguan seksual pada satu-satu masa, melainkan tuntutan sivil di mahkamah ditarik balik atau isu di mahkamah adalah berkenaan pendakwaan jenayah sahaja.
Aduan boleh difailkan oleh:
i. individu yang menjadi mangsa gangguan seksual di Malaysia;
ii. jika mangsa merupakan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, aduan dibuat melalui sahabat wakil atau penjaga ad litem; atau
iii. jika mangsa merupakan orang yang tidak berupaya, aduan dibuat melalui sahabat wakil atau penjaga ad litem.
Jumlah maksimum pampasan atau ganti rugi yang boleh diperintahkan oleh TAGS ialah RM250,000.00.
Akta 840 berkuat kuasa sepenuhnya pada 8 Mac 2024.
Tidak boleh. Aduan di TAGS hanya boleh dibuat bagi perbuatan gangguan seksual yang berlaku pada atau selepas 8 Mac 2024. Walau bagaimanapun, tindakan sivil boleh difailkan di mahkamah tertakluk kepada Akta Had Masa 1953.
Mangsa atau sahabat wakil/penjaga ad litem yang bertindak bagi pihak mangsa kanak-kanak (di bawah umur 18 tahun) atau orang yang tidak berupaya boleh memfailkan aduan gangguan seksual (Borang 1) sama ada secara atas talian melalui sistem e-TAGS atau di kaunter Tribunal.

Masih Memerlukan Bantuan?

Hubungi kami melalui saluran berikut untuk mendapatkan bantuan lanjut